“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain itu ibarat bangunan yang saling kuat menguatkan.” [Bukhari & Muslim]

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). [Al-Zukhruf:67]

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? [An-Nisaa':122]

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. [Ali-Imran:190]

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. [Al-A'raaf:34]

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [Al-An'am:32]

Thursday, 20 November 2014

Pertandingan Khat - membudayakan seni warisan Islam

Assalamualaikum wbt.

Ayuh kita sama-sama panjatkan rasa syukur kita pada Yang Maha Kuasa yang telah meminjamkan masa kepada kita untuk meneruskan perjuangan amal kita, memberatkan timbangan neraca mizan kita, moganya nanti akan bergembiralah kita di syurgaNya.

Dan sekali lagi kita mensyukuri peluang yang telah Allah kirimkan kepada pihak AMIR CHINA kerana buat kesekian kalinya, diizinkan Allah untuk AMIR CHINA mengadakan Pertandingan Khat (spt dalam poster). Syarat penyertaan juga boleh dirujuk pada poster. Insha Allah setiap penyertaan akan mendapat hadiah istimewa daripada pihak Amir China.

Jom! Ramai-ramai memartabatkan seni khat Islam! ^-^


Sebelum itu, kita sama-sama mengenali jenis-jenis khat yang ada.

1) KHAT NASAKH

Khat ini paling banyak diguna dalam penulisan Al-Quran dan buku-buku agama. Khat ini juga mudah ditulis dan dibaca, jelas serta tidak mengelirukan.



2) KHAT RIQA'AH

Ditulis dengan cepat. Sering digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar universiti untuk mengambil nota kuliah.




3) KHAT FARISI

Berkembang di Parsi, cara penulisannya condong ke kanan dan banyak digunakan dalam penulisan bahan sastera, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.

4) KHAT DIWANI

Diwani bermaksud catatan atau antologi karangan. Meluas diguna semasa pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Digunakan untuk penulisan surat surat rasmi seperti surat perjanjian surat penghargaan, dan sebagainya. Fungsinya sebagai hiasan.
KHAT THULUTH

5) KHAT THULUTH

Sebagai hiasan di dalam Mashaf Uthmani, nama buku kitab agama.





6) KHAT KUFI

Berasal dari Kufah, digunakan sebagai perhiasan pada bangunan masjid, gedung - gedung, kubah dan menara azan yang ditulis dalam bentuk ukiran timbul.


SELAMAT MENGUKIR SENI KHAT ANTUM!! 

Wednesday, 30 April 2014

ABDULLAH BIN KHUDZAFAH, Muslim Yang Teguh

Siapalah gerangan yang bernama Abdullah bin Khudzafah ni ye? Pernah dengar tak nama ni? Tidak tahu bagaimanakah rupa gerangan itu, kacakkah? Tegapkah? Namun diriku kagum dengan kisah yang ternukil dalam sejarah mengenai tokoh ini.

Seorang ahli kuda yang hebat, malah pernah ditawarkan
*Kaisar Romawi untuk bergabung dengan pasukan Rom, tambahan pula dia ditawarkan ganjaran yang banyak.  Bayangkan jika anda di tempatnya.
*kaisar ; pemerintah Rom

Tetapi yang menariknya mengenai Abdullah (hamba Allah) ini, dia mentah-mentah menolak tawaran yang diberikan dan berkata, "Demi Allah, seandainya engkau memberikan kepadaku seluruh kerajaan engkau pada aku, tidak sesekali aku lepaskan agama Muhammad yang aku anuti ini dan aku tidak akan pernah berkhianat kepada khalifahku.

Jadi, kaisar tersebut mengarahkan orang-orang suruhannya menyeksa Abdullah bin Khudzafah. Ingat tau nama hero kita ni! ABDULLAH BIN KHUDZAFAH. Nak tau apa yang terpacul dari mulut beliau? "Mereka cuma boleh menyeksa tubuhku yang fana, sedang jiwaku di tangan Allah SWT.” Bertapa hebatnya sahabat ini mengimani Allah SWT.

Maka Abdullah bin Khudzafah disalib lalu dilempari panah sesuai dengan perintah kaisar. Tau tak apa yang Abdullah buat sewaktu dipanah? Kalau diikutkan memang tidak ada harapan untuk selamat tapi Abdullah sambut panah-panah tersebut dengan teriakan "La ilaha illallah" menyebabkan panah-panah itu tidak mengenainya.

Oleh yang demikian, kaisar tersebut mengarahkan disediakan satu kuali berisi air yang mendidih dan memerintahkan Abdullah bin Khudzafah masuk ke dalamnya. Sebelum itu, saudaraku ini menangis. "Bukahkah kau ini seorang pahlawan gagah berani,mengapa kini kau menangis?" tanya kaisar yang menyangkakan Abdullah sudah mula ketakutan.

"Kerana jiwaku hanya satu, aku berharap untuk memiliki seratus jiwa yang disiksa di jalan Allah" tegas Abdullah.

Mendengar bicara Abdullah bin Khudzafah ni, kaisar menarik balik siksaan air mendidih.

Abdullah bin Khudzafah kemudian dimasukkan ke dalam sel, lalu dikirim perempuan  seksi dan menggoda, kononnya untuk menggugat keimanan Abdullah. Lihat, perempuan seksi merupakan senjata psikologi!

Tapi itu semua semestinya tidak dapat menggugat hati hamba yang percaya dia akan mati dan bertemu Tuhannya, akan disoal setiap amalnya dan tingkah lakunya, lantas  dibacanya sekuntum ayat,"Dan wanita(Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu seraya berkata,"Marilah ke sini." Yusuf berkata, " Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya yang zalim tidak akan beruntung." Surah Yusuf 12:13

Seterusnya, kegagalan demi kegalan terjadi, lantas dimasukkan daging babi dan minuman keras ke dalam sel Abdullah bin Khudzafah, maka selama tiga hari berturut-turut mulut Abdullah tidak berhenti membaca kalimat agung " La ilaha illallah" dan dia tidak mendekati hidangan tersebut. Maka, selamat Abdullah dari rancangan jahat kaisar.

Bermacam-macam cara kaisar buat , tetapi kesemuanya menemui kegagalan, akhirnya kaisar berjanji akan melepaskan Abdullah bin Khudzafah andaikata dia sanggup mencium kepala kaisar. " Baiklah ,aku setuju, tetapi dengan syarat teman-teman aku yang lain,kau turut lepaskan juga". Maka Abdullah bin Khudzafah pun mencium kepala Raja Hiraklius setelah syarat yang dikenakan dipersetujui.

Apabila dia kembali ke Madinah, dia pun menceritakan kisah ini kepada Umar al-Khattab, lalu Umar al-Khattab dan para sahabat lain pun turut mencium kepalanya.

Semoga Allah meredhai ABDULLAH BIN KHUDZAFAH.

AL-HAQ PASTI MENANG

Di siniku mencari-cari langkah,
Ku ayun kaki satu demi satu,
Meski kadang aku keperitan,
Meski kadang ku hampir kejatuhan,
Dengan tekad yang semat di dada,
seizinNya,
segunung kepayahan ku tempuh jua.

Semangat jihad meluap-luap di dada,
Semarak menegakkan panji -panji Islam,
Ingin ku khabarkan pada dunia,
Inilah jalan kebenaran.
Al haq pasti menang.

Ayuh bangun, jangan leka lagi,
Di sana menanti syurga abadi,
tanamkan tekad,
semat di hati,
hidup ini untuk Ilahi.

Bangunlah wahai ummah,
rempuh dinding tembok keegoan,
Lailahaillallah jadi pegangan.

Ayuh kita rempuh,
Ayuh kita tempuh,
Al Haq pasti menang.

Saturday, 12 April 2014

Pertandingan Komik Tarbawi

Poster Pertandingan

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah dipanjatkan segala kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih diberi ruang kepada kita semua untuk terus bernafas atas muka bumiNYA. Syukur juga kerana kami AMIR CHINA sekali lagi diberi peluang untuk mengadakan satu lagi pertandingan untuk antunna yang belajar di China.

Komik tarbawi. Pertandingan melukis komik tetapi berunsurkan tarbiyah. Kita seronok-seronok lukis komik, tapi tanpa kita sedar melalui komik juga kita dapat salurkan mesej tarbiyah dan dakwah. Mungkin logam kita bukan pada bicara atau tulis kata puisi cerpen indah tapi mungkin logam kita adalah melalui lukisan komik. Penceritaan yang penuh gelak tawa tapi menusuk dan ada mesej. Yang pasti medium ini mungkin lebih dekat dengan pembaca. Kan? Jadi apa lagi semua yang disayangi Allah semuanya. Jom! Kita manfaatkan masa dan aktiviti kita ke arah dakwah.

(peraturan sila rujuk pada gambar)

Setiap karya adalah dalam bentuk softcopy. Bagi yang dalam hardcopy boleh scan atau ambil gambar, kemudian hantar ke amirchina.com@gmail.com.

Jazakumullahukhairan kathira ^_^

Wednesday, 2 April 2014

Sang Biru

Pemenang Tempat Ketiga
Husna Ab Rahman
Karya : Sang Biru

Sang Biru

Tanah berpasir ini,
Kuat,
Cengkam hati aku

Buat aku bebal,
Buat aku lena,
Diulit,
Selimut laut dunia

Nyamannya,
Buat aku terus pejam,
Enggan jaga,
Enggan buka mata

Tapi,
Ada satu petang,
Ombak deras hempas tubuh,
Angin ribut pukul keras

Sakit,
Buat aku kalut,
Buat aku sedar,
Lihat yang nyata

Terus,
Aku sujud,
Syukur pada Pencipta

Kerna aku pasti,
Yakin sekali,
Pedih menusuk itu,
Gantinya yang kekal diatas sana,
Lebih atas dan indah daripada sang biru



28012014
2.44pm

Husna binti Ab Rahman
Malai Yi Ban ( Asasi )