Thursday, 5 July 2012

Soal Hati: Umar Al-Khattab




"Pernah memusuhi Islam, akhirnya dia mencintai Rasulullah SAW"


Bismillahhirahmanirrahim...

Alhamdulillah, suka diri ini mendengar kisah pengislaman Umar al-Khattab.. Kenal tak siapa gerangan jejaka yang membuat hati ini semakin tertarik untuk mengenalinya.

KAGUM..

Itu ungkapan diri buat personaliti ini.

Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa yang Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolong bagi mereka selain Dia. (al Isra'17:97)

Orang-orang cakap:

"Kalau kamu terlalu mencintai seseorang, mungkin suatu hari nanti dialah orang yang paling kamu benci, dan kalau kamu terlalu membenci seseorang mungkin suatu hari nanti, dialah orang yang paling kamu sayangi".

Siapa sangka gerangan yang bertubuh sasa yang suatu masa dahulu pernah sangat memusuhi Nabi s.a.w dan Islam, akhirnya menjadi orang yang sangat menyayangi Nabi s.a.w. dan Islam, malah sanggup mempertahankannya walau dengan darah sendiri.

Betul kan?

 Dialah Khalifah Umar al-Khattab,pemimpin tertinggi dalam Islam nombor 2, pengislamannya kejayaan buat Islam pemimpin budiman yang adil, pembeza yang hak dan batil dan yang paling penting dialah antara sahabat kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Ku harap bisa ku temunya dan kekasih Allah walau diri ini masih tidak layak. Usaha.. Jangan hanya sekadar mengeluh kosong.. 加油!!

Umar,

Keadilan kamu sudar tergambar sebelum pengislaman kamu lagi. Diriwayatkan, kamu pernah menanggung beban sebagai pengembala kambing bapa kamu. Pasti sukar kan?
Usia mudamu , pernah kamu dikerah untuk bekerja sepanjang hari dan hanya kurma menjadi imbalan. Pendidikan seperti ini membuat kamu menjadi seorang yang sangat cekal dan sangat kuat. Ini tarbiyah Dia buat kamu. Mungkin, siapa tahu. Berbaloi kan? Memang berbaloi. Sampaikan kamu digeruni makhluk lain.

Kalau tidak, masa kan bisa kamu memimpin sekumpulan umat Islam untuk solat di depan Kaabah buat pertama kalinya dalam sejarah Islam. Ya Abu Hafs,gagahnya kamu menjaga umat Islam dari gangguan orang-orang Quraisy. Cukup untuk diri gambarkan kegagahan mu dengan hijrahmu secara terang-terangan.

Dahulu, di saat kamu jahiliyah, kamu menentang Muhammad saw kerana kamu tersalah sangka, kekasih Allah lah yang menyebabkan kaum Quraisy berpecah belah , bapa menyiksa anak dan anak meninggalkan Islam. Ternyata ini cuma salah faham kamu. Padahal kaum Quraisy itu sendiri ego tidak mahu menerima kebenaran. Kamu sendiri pernah menyiksa hamba kamu tanpa kamu cuba faham apa itu Islam. Kamu sendiri tidak cuba memahami Islam, melihat dan mendalami kitab al-Quran.

Mendengar khabar dari Muaim yang adik kamu Fatimah adalah Muslimah, terhenti niat kamu untuk membunuh Nabi s.a.w. yang berada di rumah al Arqam abi Al Arqam. Kamu pukul adikmu dan suaminya yang lemah. Namun, lembut juga hati kamu dengan kecekalan mereka mempertahankan akidah. Walau mereka tahu kamu kuat tapi di hadapan kamu mereka ungkapkan Lailahaillallah, muhammadurrasulullah. Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. "Bersihkan diri kamu sebelum membaca lembaran surah ini" bentak adikmu. Lantas, kamu membersihkan diri kamu untuk tahu apa yang adik kamu pelajari.

Thaha. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, (iaitu) Yang Maha Pengasih,yang bersemayam di atas langit yang tinggi......Nah.. sekarang kamu sangat yakin apabila diperlihatkan surah Thaha.20:1-16)


Serupakan kisah kamu dan Nabi Musa? Kalian berdua dalam situasi mencari. Agungnya kalam Allah, tuhan yang bisa mengetahui walaupun kamu mengucapkannya dalam hati. Hebatnya percaturan Allah. Masyaallah semuanya berkat doa Nabi s.a.w. yang mendoakan agar Islam dikuatkan samada dengan kamu atau Abu Jahal. Khabab yang bersembunyi dalam rumah adik kamu ketika itu, keluar dan membawa kamu berjumpa nabi s.a.w. Nabi juga yang menyambut kamu. Indahnya saat mengenali Islam. Tidak tidur lena malam itu. "Pengislamanku tidak harus disembunyikan".

Bangga apabila ku ketahui dipagi hari lagi kau isytiharkan pengislaman mu di hadapan musuh Islam,Abu Jahal. Malah kau khabarkan kepada orang yang paling tak boleh simpan rahsia dari kalangan kaum Quraisy. Siapa ye nama dia? Tak ingat la.. "Umar masuk Islam! Umar masuk Islam! Umar masuk Islam!" Saat itu juga ramai yang tahu pengislaman kamu. Kamu tidak gentar melainkan kepada Allah dan yang pasti tidak ada kekuatan melainkan dari Allah.

Perubahan kamu 180 darjah kot lepas tu. Kuat kamu sewaktu jahiliyyah, kuat juga kamu sewaktu Islam.

Masyaallah hebatnya insan bernama Umar Al Khattab.