Sunday, 30 December 2012

Asma Binti Yazid


"Aku telah ikut dalam banyak perang ,mengubati luka tentera"



Tahukah anda, golongan sahabat bukan hanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja.Hari ini mari kita sama-sama berkenalan dengan Kuniyah iaitu golongan sahabat yang terdiri daripada golongan wanita. Kuniyah?

Ya, Kuniyah tu gelaran beliau. Nama sebenarnya, Asma' binti Yazid bin Sakan, Ummi Amir al-Ausiyah al-Asyhaliyah, puteri Mu'adz bin Jabal. Panjang lebar penerangan latar belakang suri teladan ini. Pernah ketika dia berbaiat dengan Rasulullah saw, saat itu dia mempunyai dua buah gelang dari emas terlingkar ditangan, maka Rasulullah pun menegurnya,: "Cabutlah gelang emasmu hai Asma', mahukah engkau diberi gelang dari api neraka oleh Allah." Maka dia pun mencabut gelangnya. (HR Ibnu Majah).

Istimewanya mengenai Asma' ialah beliau banyak bertanya mengenai pelbagai masalah kepada Rasulullah saw, dan masalah fiqih yang ditanya oleh beliau sangat teliti.Bukankah malu bertanya itu sesat jalan. Dialah yang pernah bertanya kepada Rasulullah saw,"Apakah wanita terzihar kerana haidh?"

Malah saudari kita ini pernah bertanya: "Wahai Rasulullah saw , seorang utusan datang setelah aku, dari kalangan kaum wanita beriman yang semuanya berkata sesuai dengan perkataanku dan mereka sependapat denganku, bahawa Allah mengutuskan engkau untuk kaum lelaki dan wanita, lalu kami beriman dan mengikuti agama engkau. Namun kamu sebagai kaum wanita terbatas langkahnya, tinggal di rumah mengurus suami dan melahirkan anak-anak mereka, sementara kaum lelaki diberi kelebihan dengan berkumpul, menghadiri jenazah dan berjihad. Manakala mereka keluar untuk berjihad, kami pelihara hartanya, kami didik anak-anaknya, kami juga ingin mendapat pahala seperti yang mereka dapatkan itu.

Rasulullah saw bersabda kepada sahabatnya,: Sudikah kalian mendengar ucapan wanita yang menyampaikan pertanyaan paling baik tentang agamanya selain dari dia?"

Para sahabat menjawab," Ya kami mendengarnya wahai Rasulullah saw!".

Maka Rasulullah saw bersabda "Wahai Asma', pergilah dan sampaikanlah kepada teman dan saudara-saudaramu dari kalangan wanita bahawa berbakti kepada suami dan berusaha meraih redhanya serta mematuhinya, pahalanya sebanding dengan yang didapati kaum lelaki yang engkau sebutkan itu." (HR Hakim)

Asma ' binti Yazid pernah menjadi pelayan Rasulullah saw, ujar beliau:" Sungguh , aku telah memegang tali unta Rasulullah saw saat turun kepadanya Surah al Maidah seluruhnya. Kerana turunnya ayat tersebut nyaris memecahkan leher unta beliau.

Wanita yang pernah bertemu Rasulullah ini juga pernah bercerita,"Sekali sewaktu Rasulullah saw menjumpai aku bersama sekelompok kaum wanita, lalu beliau memberi salam dan kami menjawabnya."

Lagi, " Aku telah ikut dalam banyak perang untuk mengubati luka tentera yang terluka terutama pada perang Yarmuk." Khalid al-Walid pernah berkata kepada dia dan wanita lain sambil memberikan pedang kepadanya, "Barangsiapa di antara kalian melihat ada yang lari, maka bunuhlah dia."

Andai kata dia bisa melakukannya, insyaAllah aku juga bisa.

Semoga Allah meredhai Asma' binti Yazid.