Saturday, 23 March 2013

Duduk dan Beriman Sejenak


"Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk"

Duduklah bersama kami dan beriman sejenak.

Dunia, memang indah, terlalu indah sehingga melalaikan kita manusia yang lemah, dan yang lebih membimbangkan adalah dunia ini melalaikan kita yang semakin menjauh dari al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Justeru, beruntunglah orang-orang yang cuba mendekatkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu, muhasabah diri, dan saling nasihat-menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran. Beruntunglah juga orang-orang sentiasa memeriksa jiwa takut punya rasa takabbur atau menolak kebenaran, memeriksa hati takut udah kering kerana sudah lama dikotori jahiliyah, memeriksa ilmu dan iman takut bercampur-baur dengan berlebih-lebih dalam bid'ah atau kekurangan yang membawa kepada tidak menjalankan suruhan Allah.

Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak.

Laailahaillallah.. Tidak ada illah selain Allah.

Rumput jahiliyah ini dengan izin-Nya akan ku cuba cabut satu demi satu, moga subur segar pohon akidahku menjulang ke langit, akarnya kokoh mencengkam lubuk hatiku.

Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya kuat dan  cabangnya (menjulang) ke langit , pohon itu  menghasilkan  buahnya pada setiap waktu  dengan seizin Tuhannya. (Ibrahim14:24-26)

Justeru,

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)