Sunday, 9 June 2013

Hadiah Dari Syurga


"Aku benar-benar percaya, hanya dakwah yang mampu.."



Aku yakin, masing masing punye asbab yang sama, atau mungkin berbeza, apa yang menyebabkan hatinya terus bergerak laju dalam jalan ini, jalan yang pernah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat.

Dan aku. Juga sama. Ada satu benda yang menjadi factor penarik aku,
Mengapa aku boleh ‘gila’ kan jalan ini.

Membuatkan aku betul betul dah jatuh cinta dengan tarbiyyah ini, sampai dah rasa addicted mungkin.


Terujanya aku untuk menjadi cahaya

;)

Ye,cahaya. cahaya untuk ma dan abah aku.di hadapan Allah nanti.


Kerana satu je, aku benar benar percaya.hanya dengan dakwah ini sahaja yang boleh membawa aku berjumpa dengan Allah.hanya dengan jalan  ini sahaja mampu aku bawa abah dan ma, masuk ke dalam Syurga Dia.


teringat akan pertama kalinya aku pakai tudung bidang yang lebih besar berbanding sebelum ni, abah tengok aku dari jauh.
terdiam. tanpa cakap apa apa pon.
memang dari dulu abah nak sangat aku pakai tudung labuh,
 tudung yang lagi menutup aurat,
dulu aku degil, aku pakai ketat,
abah tegur, suruh aku pergi tukar baju longgar sikit,
tapi aku tak dengar cakap abah,
aku tetap nak pakai jeans ketat, baju ikut body.
abah senyap, tapi aku tahu, dalam hati, abah rasa sedih sangat.
Terkilan, kecewa dengan aku.


Tapi aku harap perubahan aku ini,  menjadi kebanggan abah dan ma untuk aku.
Mungkinlah tidaklah begitu sempurna, tapi insya Allah, lebih baik dari sebelum ini.

moga sangat satu hari nanti, abah aku tahu,
dalam usrah yang aku selalu join nilah,
Allah dah memilih aku,
di bumi beijing ni lah,
aku mula kenal Allah,
kenal siapa Tuhan aku,
aku kenal fitrah aku yang sebenar,
disinilah, Allah menyentuh hati aku,
sedarkan aku,
melahirkan aku,
as a true muslim, at heart.
Insya Allah.


terkesan sangat sangat dengan ayat ini,


'barang siapa yang mempunyai anak perempuan yang solehah,
maka anak perempuannya nya itu akan menjadi pendinding baginya dari api neraka"
-hadis-


 memang terkena zaapp tepat pada hati.


ya Allah.
aku nak
aku nak
aku nak 
nak sangat menjadi pendinding untuk ma abah dari masuk api neraka.



aku tahu, aku mengaku
dalam ramai adik beradik aku,aku bukanlah anak yang paling solehah.
aku tak nafikan aku lah anak yang paling nakal
paling banyak buat dosa pada ma abah




tapi aku mohon ya Tuhan. tolong.
tolong jadikan aku
satu satunya anak yang mampu memimpin tangan abah dan ma untuk masuk ke syurga.
Satu satunya anak yang mampu jadi bidadari syurga buat mereka,
Yang bisa membukakan pintu syurga buat mereka,
satu satunya anak yang mampu
menarik mereka dari terpelosok jatuh ke lubang neraka Mu.


aku mohon ya Allah
aku rayu.
iyyakanak budu waiyya kanas tain
hanya Engkaulah ya Allah aku sembah, dan hanya pada Mu aku memohon ( Al fatihah: 5)



*sebak


Bila  tidur di sebelah ma malam malam
Aku suka tengok ma tidur,
aku pandang pipi ma, 
aku pandang mata ma,
aku selalu berangan sesorang,
agak agak nanti di syurga,
aku boleh lagi tak
tidur di sebelah ma?
aku boleh lagi tak lihat ma tidur?
aku boleh lagi tak pandang ma sama macam aku pandang ma sekarang?
atau ada yang lain nanti gantikan aku di akhirat kelak duduk di sebelah ma?


time time tu jugaklah buat aku sebak
buat aku nangis
sebab aku takot
aku dah tak dapat jumpe ma di akhirat.
Aku  takot aku hanya mampu jadi anak ma di dunia je
tapi di akhirat nanti aku terpisah jauh dengan ma.
Allah.
tak nak.
aku tak nak.




kadang kadang tiap kali nak buat dosa
tiap kali nak kembali pada jahiliah lama
aku mesti terbayangkan ma abah
aku takot
aku tak mahu
di sebabkan dosa aku
ma abah yang menanggung seksa di dalam kubur


kejamlah aku
zalim lah aku
dek terlalu ikutkan nafsu hati aku
mereka yang menanggung dosa  aku
mereka yang merasa sakitnya azab dari Tuhan 
:'(



time aku kapel dulu, pernah someone cakap kat aku,

'jangan sebab awk kapel,
jangan sebab terlalu ikutkan hati nak bercinta, terlalu ikutkan perasaan suka kan seorang lelaki,
nanti apa yang awak lakukan tu,
menjadi sebab untuk ibu bapa awak untuk Allah masukkan mereka ke dalam nereka'



Allahu...
luruh jantung !



dan itu lah menjadi salah satu sebabnya aku tak kapel sampai sekarang.
Sudahlah. Tak mahu ulang dose dose jahiliah aku dulu.
Serik.



kerana sayang
sayang kan ma dan abah.
cukuplah dengan kedegilan aku
cukuplah dengan tidak mendengar kata
cukuplah dengan kenakalan aku selama ini
cukuplah itu semua sudah membuatkan ma abah menahan terasa hati dengan aku
cukuplah di dunia sahaja aku banyak menyakiti mereka
aku tak nak di akhirat sana,
mereka merana kerana perbuatan aku.

ma abah.
mintak ampun Y_____Y



dan org org yg beriman beserta anak cucu mereka mengikuti mereka dlm keimanan, Kami pertemukan mereka dgn anak cucu mereka (didalam syurga) dan Kami tidak mengurangi sedikit pon pahala amal kebajikan mereka. setiap org terikat dengan apa yg dikerjakan nya
( AT-Tur,  21 )



haritu Allah hadiah kan aku ayat ni
Allah pujuk aku
cepat cepat aku post kat wall akak di facebook,
aku cakap kat akak,
harap satu hari nanti kita satu famili dapat kumpul ramai2 dalam syurga yang sama,
mesti sangat
best kan? 
macam kumpul ramai2 kat pantai,
tapi ini lagi best,
kat syurga Allah kottt.
pantai dunia dah cantik
pantai syurga?
Ya Allah, laagi lah cantik kan?
:')

*senyumdalamhati

Allah. Kau Maha menjaga kan?
Tolong ye Allah. Tolong jagakan mereka untuk aku?

Aku harap, Hati ini,dapat terus bertahan.
bertahan untuk berubah. bertahan untuk menangkis segala kejahilan. Bertahan demi ma, demi abah,demi Allah.



sikit lagi
sikit je lagi.
bertahanlah untuk Jannah !


Allahuakbar !





-dari dia, perempuan pendosa.