Monday, 26 August 2013

Buah Rambutan tu baq hang!


"Di oversea mana nak dapat buah tropika yang fresh dari ladang"



Bismillahhirrahmanirrahim

Tiba-tiba teringat kebun buah-buahan atok di kampung halaman. Di oversea mana nak dapat buah-buahan tropika mcm ni yang fresh dari ladang. Masa kecik-kecik, tiap-tiap kali datang musim buah macam-macam jenis buah boleh makan. Ada pokok rambutan, pisang, cempedak. Pokok durian pun ada tapi masih belum berbuah lagi. Masih diri ingat, kalau ada pokok duri tumbuh , mak akan cepat-cepat buang , sebab ia akan mengganggu pokok lain. Kalau dibiarkan, memang pastilah boleh buat pokok lain mati.


Kebun yang disemai pokok-pokok yang berguna. Hasil kerja keras, penat lelah, akhirnya membuatkan pemiliknya dapat menikmati hasil yang enak. Tetapi kalau lah yang ditanam adalah lalang dan pokok-pokok berduri, hasilnya , cuma ‘debu’, tak ada apa apa yang tinggal. Malah serabut mata memandang.


Sabda nabi SAW: " Dunia adalah ladang akhirat"

Bayangkan kalau di ladang anda, anda bajak tanah, tanam pelbagai jenis pokok buah-buahan, kemudian anda siram, letakkan baja.....sampai saatnya anda dapat menikmati hasilnya sepanjang tahun. Di dunia andai anda menanam tanaman yang baik, di akhirat kelak anda tak perlu lagi membanting tulang, malah menikmati hasil titik peluh yang anda usahakan, yakni syurga dan kejayaan di akhirat. Allah redho terhadap kamu dan kamu pun redho terhadap Allah selama-lamanya.

Biarlah sekarang kita bersusah payah dahulu di dunia menanam tanaman-tanaman yang baik supaya di akhirat yang kekal abadi kita memperoleh hasil syurga, syurga yang kalau orang yang paling menderita di dunia diletak sekejap di sana merasa seolah-olah dia tidak pernah merasa menderita di dunia. Tidakkah diri punya keinginan untuk ke syurga??

Islam lah caranya.

Islam, lengkap... merangkumi dari sekecil-kecil perkara(kebersihan diri , adab makan dan sebagainya) sehingga mencakupi semua bidang( politik, ekonomi dan sebagainya). Malah, setiap satu saling melengkapi antara satu sama lain. Jika terkurang salah satu daripadanya, maka pincanglah ia. Umpama lagu dan irama, jika terkurang satu, maka sumbanglah ia. islam is the way of life.

Setiap yang mengaku Islam, wajib mengungkap kalimah syahadah yakni, pengakuan diri "Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Untuk apa kalimah syahadah dibaca?


" Nak bezakan kita dengan orang kafir".


Perbezaan yang macam mana? Adakah kalau seorang kafir ada dua kaki dua tangan bermakna seorang muslim mempunyai empat kaki empat tangan? "Tak la". Perbedaan itu adalah hasil tuaian seorang Muslim dan kafir. Hasil hidup orang kafir, dia tidak memperoleh rahmat Allah dunia, di akhirat dia akan sengsara. Manakala seorang Muslim, tuaiannya adalah dia akan menerima redho Allah dan mendapat kemuliaan di akhirat kelak.

Wallahualam..