Monday, 21 October 2013

Timbul Tenggelam


"diri cuba mencari "cinta" yang bisa menundukkan diri"

Astaghfirullahala’zim, astaghfirulahala’zim, astaghfirullahala’zim…
Saat demi saat terus berlalu, diri cuba mencari "cinta" yang bisa menundukkan diri ini hanya kepada Pencipta. Hati yang dahulu kering juga sedikit demi sedikit cuba diubati. Masih mentah usiaku. Dan yang pasti saat demi saat yang berlalu menyaksikan "timbul tenggelam tenggelam timbul".

Berapa ramai yang dahulunya hampir lemas dengan lilitan dunia, hari ini Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima cahaya yang memenuhi sekalian bumi ini. Hatta perubahan demi perubahan digerakkan mengharapkan memperoleh "cinta" itu. Lalu kembali ia ke daratan. Berpijak ia dengan langkah yang kukuh, tidak mahu lagi dia kelemasan. Tenggelam , lalu timbul.

Dan berapa ramai yang dahulunya bersenang di daratan, namun setelah dibadai ombak, mula kelemasan. Kaki tidak dapat lagi berpijak di tanah nyata. Dahulu dia bersenang-senang. Tidak menghargai harta yang paling berharga. Tidak pernah cuba membuka walau sedikit pintu hati untuk cuba memahami, kalam Ilahi. Melangkahkan kaki kemana sahaja, semahunya, walau tempat itu penuh dengan kotoran dan noda. Akhirnya sukar untuk dia kembali ke daratan, hampir kelemasan. Tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan menariknya kembali ke daratan. Justeru, bagaimana ini? Timbul tenggelam.

Harus kiranya untuk sering mengingat diri, Rahmat itu milik kekal Dia. Justeru,
1. Jika terjumpa dgn kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka belum banyak melakukan dosa.

2. Apabila bertemu dgn orang tua, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dgn orang alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahui. 

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dgn orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.