Friday, 3 January 2014

Hari Baru


"Hari ini lembaran baru bermula..
Ku melihat masa laluku,"


Bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hari ini lembaran baru bermula..
Ku melihat masa laluku,
lantas,
ku kenang semula titik hitamku,
sabarnya Dia denganku,

La Tahzan Innallahamaana..

Jangan bersedih Allah bersama kamu,
kau datang kepada Ku dengan segunung dosa,
lantas,
kau memohon keampunan kepadaKu,
pasti akan Ku ampunkan.

Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam hatinya Aku pun akan ingat nya dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku pun ingat kepadaNya dalam lingkungan khayalak ramai yg lebih baik. Dan jika ia mendekat kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekat pula kepadanya sehasta. Dan jika ia mendekat kepadaKu sehasta,nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan,maka Aku mendatanginya sambil berlari."
(HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)
As-Sabur..
Yang Maha Penyabar..
ajarkan hambaMu ini erti kesabaran...