Thursday, 16 January 2014

PERTANDINGAN PENULISAN & FOTOGRAFI


"Lihat dunia dengan kacamata Islam, luahkan baitnya di atas kertas"

Assalamualaikum WBT

AMIR CHINA dengan berbesar hati mengajak semua pelajar di China untuk menyertai pertandingan anjuran kami iaitu Pertandingan Penulisan dan Fotografi bermula 15Januari2014-15Februari2014. Berikut adalah terma dan syarat bagi pertandingan ini :




TERMA DAN SYARAT PENULISAN (puisi, sajak, pantun, etc.)

1) Karya hendaklah hasil nukilan sendiri tanpa menciplak daripada mana-mana sumber.

2) Karya boleh ditulis dalam pelbagai bahasa, tetapi elakkan percampuran bahasa dalam sesebuah karya.

3) Penulis mestilah mengikut tatacara penulisan yang betul.

4) Karya akan dinilai berdasarkan penyampaian mesej dan kreativiti.

TERMA DAN SYARAT FOTOGRAFI

1) Gambar hasil daripada tangkapan sendiri.

2) Sebarang alat untuk mengambil gambar dibenarkan (dslr, kamera filem, telefon bimbit dan sebagainya.)

3) Setiap gambar perlu diberi nama dan sedikit penerangan.

4) Gambar akan dinilai berdasarkan kreativiti penyampaian dan mesej.

**Submit karya dan gambar anda ke email kami : amirchina.com@gmail.com

**Peserta perlu memberikan butiran diri seperti nama, kelas, nombor telefon bersama dengan karya yang dihantar.

**Karya yang terpilih akan disiarkan di fan page AMIR China, kredit akan diberi kepada pemilik karya atau gambar anda.


Jazakumullahukhairankathira :)