Friday, 7 March 2014

YUNNAN


"Destinasi pertama saya, Swallow Cave of Jianshui"



Assalamualaikum semua pembaca.
InshaAllah hari ini Amir China nak berkongsi dengan antunna semua artikel pengalaman di Yunnan. Bermusafir itu sememangnya mampu membasahkan hati sekiranya kita berusaha mencari.

    Tempat ni sahabat yang perkenalkan. Sejajar dengan ekonomi China yang semakin pesat dan taraf hidup rakyatnya yang semakin meningkat, melancong mula menjadi pilihan rakyat negara tembok besar ini. Menjadi kebiasaan di China, pada cuti musim panas dan sejuk, rakyat China akan melancong ke sebelah selatan tanah air mereka dan menyebabkan kebanyakan destinasi , menarik dipenuhi pelancong dari dalam negara. Oleh itu saya nasihatkan sesiapa yang nak datang melancong di China, datanglah bukan pada hari cuti umum China.

   Kenapa selatan China tempat pelancongan menarik? Ia menarik kerana kawasan selatan sentiasa dalam cuaca pada musim panas. Untuk pengetahuan anda, pada musim panas inilah , si teruna dan  si dara China suka menghiaskan diri.  Namun, tahun ini kawasan selatan China mengalami iklim yang sedikit berbeza. Ada sesetengah kawasan selatan yang tidak pernah turun salji, tahun ini mengalaminya. Benarlah bicara orang-orang: " Kita merancang tapi Allah yang menentukan". Sebabnya, andaikata Allah mengatakan " Jadilah" maka jadilah.

   Sebab itu, andaikata kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan, mulakan dengan meletakkan pergantungan pada Allah(tawakal). Even dengan menyebut bismillahirrahmanirrahim, sebenarnya kita telah meletakkan pergantungan kepada Allah. Doa itu jambatannya tawakal. Setelah itu kita berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan pekerjaan kita. Ingat! Allah suka orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Usai kerja(usaha), berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Waktu nak exam pun boleh praktikan tips ini. tawakal(doa-semoga Allah mengizinkan kita melakukan usaha) + usaha +doa+ tawakal.

    Sambung balik cerita, kawan kepada ayah kawan saya yang bawa kami dengan sedikit bayaran( around 200 yuan++). Dah tak ingat dah... Sepanjang perjalanan, boleh tengok pemandangan yang sangat indah.

Gambar ini adalah pemandangan sewaktu perjalanan pulang.

Dengan memerhati alam ciptaan Allah, banyak pengajaran atau ibrah yang boleh diambil. Contohnya, dalam al-Quran, firman:

"Bukankah Kami telah menjadikan Bumi sebagai hamparan dan gunung-ganang sebagai pasak"
(an-Naba'78: 6-7)

Dengan adanya gunung-ganang Bumi tak mudah bergoncang(aman), namun disebabkan Bumi dikuasai oleh manusia yang tidak bertanggungjawab, gunung-ganang ditarah tanpa memikirkan kesan sampingan.

Apabila melihat gunung yang tinggi, saya memikirkan betapa tinggi dan besarnya gunung. Siapakah yang dapat mencipta ciptaan sebesar itu melainkan Allah, dan kemudian saya melihat langit yang terbentang luas, siapakah yang dapat mencipta langit biru yang seluas-dan sebesar itu melainkan Allah Yang Maha Besar. Betapa kerdilnya dan hinanya saya, namun masih lagi dipandang oleh Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Besar. Dengan rahmat dari-Nya saya masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam, nikmat yang paling berharga, tiket untuk ke syurga.  Berdoalah untuk saya dan seluruh muslimin muslimat semoga dihidup dan dimatikan dalam Islam, dikumpulkan bersama orang-orang beriman di akhirat kelak.




Pemandangan dari kawasan gunung.

Pemandangan dari dalam gua

Bagaimana papan-papan ini boleh tergantung kat atas ni??

Apabila saya melihat papan ni, teringat saya akan satu firman Allah:

"Dialah yang telah menjadikan segala yang ada di muka bumi untuk kamu."
(al-Baqarah2:29)    

Manusia diberi segala nikmat di muka Bumi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. Sebab itulah manusia dengan izin-Nya dapat menguasai Bumi. Itu yang membolehkan even gunung yang tinggi manusia dapat daki. Sebaliknya manusia menggunakan nikmat yang diberi sewenang-wenangnya sehingga merosakkan dan memusnahkan muka Bumi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk dibangunkan. Bagaimana kita yang Alhamdulillah diberi kesedaran, nak memakmurkan Bumi yang diwariskan kepada kita? 

Tidak ada jalan lain melainkan kembali semula kepada Islam, kalimah syahadah harus ditegakkan. Amalkan Islam di dalam diri anda, barulah Islam dapat tertegak di muka Bumi. Al-Quran dan sunnah Nabi saw jadi panduan kita. Terjemahan al-Quran kita baca dan amalkan, Nabi saw menjadi role-model untuk kita melalui kehidupan sehari harian. Insyaallah Islam akan tertegak semula pada tempatnya.

Saya tinggalkan anda dengan beberapa gambar yang sempat saya ambil sepanjang di swallow cave.
  "Sungguh bagi setiap penciptaan langit dan Bumi ada tanda-tanda kebesaran Allah swt bagi orang-orang yang berakal."


Gua ni kalau nak masuk sebenarnya perlu menggunakan khidmat tour guide tetapi disebabkan menunggu terlalu lama jadi kami ambil inisiatif explore sendiri. Go girls..




  Sunhanallah: Maha Suci Allah



Gambar senget...



 Time keluar dari gua naik sampan berbentuk naga.








 Indahnya pemandangan di sini. Syurga tentu lebih indah. Berjuanglah mengejar syurga yang kekal abadi.


sekian, wassalam.