Thursday, 20 November 2014

Pertandingan Khat


Assalamualaikum wbt. Ayuh kita sama-sama panjatkan rasa syukur
kita pada Yang Maha Kuasa yang telah meminjamkan masa kepada kita untuk meneruskan perjuangan amal kita,
memberatkan timbangan neraca mizan kita, moganya nanti akan bergembiralah kita di syurgaNya.


Dan sekali lagi kita mensyukuri peluang yang telah Allah kirimkan kepada pihak AMIR CHINA kerana buat kesekian kalinya, diizinkan Allah untuk AMIR CHINA mengadakan Pertandingan Khat (spt dalam poster). Syarat penyertaan juga boleh dirujuk pada poster. Insha Allah setiap penyertaan akan mendapat hadiah istimewa daripada pihak Amir China.

Jom! Ramai-ramai memartabatkan seni khat Islam! ^-^


Sebelum itu, kita sama-sama mengenali jenis-jenis khat yang ada.

1) KHAT NASAKH

Khat ini paling banyak diguna dalam penulisan Al-Quran dan buku-buku agama. Khat ini juga mudah ditulis dan dibaca, jelas serta tidak mengelirukan.



2) KHAT RIQA'AH

Ditulis dengan cepat. Sering digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan oleh pelajar universiti untuk mengambil nota kuliah.






3) KHAT FARISI

Berkembang di Parsi, cara penulisannya condong ke kanan dan banyak digunakan dalam penulisan bahan sastera, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.





4) KHAT DIWANI

Diwani bermaksud catatan atau antologi karangan. Meluas diguna semasa pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Digunakan untuk penulisan surat surat rasmi seperti surat perjanjian surat penghargaan, dan sebagainya. Fungsinya sebagai hiasan.




KHAT THULUTH

5) KHAT THULUTH

Sebagai hiasan di dalam Mashaf Uthmani, nama buku kitab agama.





6) KHAT KUFI

Berasal dari Kufah, digunakan sebagai perhiasan pada bangunan masjid, gedung - gedung, kubah dan menara azan yang ditulis dalam bentuk ukiran timbul.



SELAMAT MENGUKIR SENI KHAT ANTUM!!