Tuesday, 21 July 2015

在中国的开斋节 Sambutan Aidilfitri di China

Bagaimanakah Hari Raya anda pada tahun ini?

Semoga amal-amal kita disaat Ramadhan tempoh hari masih berbekas dan memperbaik amal-amal kita untuk 11bulan yang akan datang.


Tahun ini AC Crews telah ke Masjid FaYuan untuk menunaikan solat sunat Hari Raya bersama masyarakat Muslim di Beijing, China. Anda rasa China sebuah negara komunis? Lihatlah betapa ramai saudara Muslim kita di negara ini.

Adakah anda tahu, saudara Muslim kita di China menyambut Aidilfitri sehari lebih lambat dari Malaysia?

Sebelum melakukan solat sunat Hari Raya, mereka akan diperdengarkan khutbah dalam bahasa Arab dan terjemahannya dalam bahasa Cina oleh imam-imam Masjid, kemudian tepat jam 9pagi atau 10pagi bagi sesetengah masjid, akan mula Solat Sunat Hari Raya.

Seusai solat Sunat Hari Raya 2 rakaat, jemaah masing-masing akan solat sendiri-sendiri solat sunat 4 rakaat. Kemudian saling berpelukan dan bermaafan beramai-ramai.

Sudah menjadi kebiasaan Muslim di negara China, akan menghidangkan buah-buahan atau kuih-muih traditional untuk dijamu oleh jemaah sesudah solat jemaah di masjid.

*Gambar-gambar di sekitar Masjid FaYuan, Haidian, Beijing, China pada Hari Raya Pertama
9.35pagi
1st Syawal in China
18 Julai 2015




Di kesempatan ini, AC Crews mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
kepada seluruh umat Islam
Semoga Allah menerima dan meredhai amal-amal kita.
Taqaballahuminkum!