Monday, 10 August 2015

北京欢迎你!BEIJING MENANTI KEDATANGAN ANDA!


Kehadiran adik-adik yang dinanti. Segala permasalahan akan kami bantu.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Selamat datang ke blog ini!

Kenapa anda ke blog ini? 
a.Kerana saya ditawarkan ke Beijing untuk menyambung pelajaran.
b.Kerana saudara/kawan saya ditawarkan ke Beijing.
c.Kerana saya ingin melancong ke Beijing, boleh melawat pelajar di Beijing.
d.Kerana saya terjumpa blog ini dan saja-saja nak baca. Tidak kira kenapa anda di pautan blog ini, blog ini adalah salah satu panduan bagi yang mempunyai sebab di atas. Mudah bukan? :)

Blog ini dibina bagi memudahkan pelajar-pelajar yang akan belajar di Beijing, terutamanya di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan Beijing Language and Culture University (BLCU) dan lain-lain (jika ada). Kami akan cuba sedaya upaya menyediakan rujukan dan panduan bagi memudahkan urusan sebelum dan selepas terbang ke kota Beijing ini. ^^

Ambil peluang berada Beijing ini untuk menyelami ilmu dan pengalaman yang sangat berharga! The further you travel, the greater the knowledge you will earn.
Sila lihat 'older post' untuk info yang boleh membantu anda. Jika terdapat sebarang soalan atau komen, sila emel kepada malaysiablcu@gmail.com atau officialaoms@gmail.com

"Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan. Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri. Sekiranya ia mengalir, ia akan baik. Sekiranya ia tidak mengalir, tercemar."

(SYAIR IMAM SYAFIE)

Moga segala urusan dipermudah. Sekian, terima kasih dan selamat datang!

Untuk mendapatkan segala maklumat sebelum berlepas ke Beijing, boleh rujuk di bahagian menu Referens dan Survival di atas untuk setiap aspek penting.