Thursday, 28 January 2016

BARANG LAMA 1


Jangan disangka barang lama itu ketinggalan zaman.



Pap...pap...pap!

bunyi  titikan air jatuh
dari singki dihadapan aku.
aku mendongak tengok cermin.
dalam hati bermonolog.

Apa aku dah buat ni?

Airmata bergenang. Mata mulai merah
Aku tahan.
Tahan sehabis baik!
Sekuat aku menahan darah menitik dari hati terluka.

Ahhhhh!
Batin aku menjerit
Refleksi kepada tangan.
Habis jatuh berderai segala macam jenis syampoo yang tersusun atas sinki.

Aku jatuh terduduk.

Betul ke apa aku buat ni?

Menangis hiba.

******

Aki? Ohh Aki. Kau buat apa dekat atas tu.
Bunyi bising barang jatuh. Kenapa tu?

Aki terkejut. Sepantas kilat bangun lalu mengelap airmatanya
Dan terus keluar dari bilik mandinya itu.
Ditarik nafas sepanjang yang boleh

1 2 3 lepas!

Fuhhhhh~

Eheeem Eheem *baiki suara,
Lalu menyahut

Tiada apa mak. Aki baik baik saja ni. Terlanggar meja tadi.
Buku je jatuh. Jangan risau.

Haa, ealah.

*****

Riak muka Aki tetap sedih bercampur keliru.
Dia berjalan ke katil. Nasib malang apa menimpa.
Mungkin akibat menipu tadi kot.
Aki tersepak buju meja.

Ahhhhh! Kaki aku! Aduhhh!!
Dasar bucu meja. Tak nampak aku ke haa?
Marah Aki.

Ea selalu memang begitu,
kesakitan boleh melebihi kewarasan.
:/

Pap.

Terjatuh sebuah buku.

*****

Terpampan Aki membaca tajuk buku itu.
Barang lama yang diberikan kepada dia oleh seorang sahabat.
Tapi ealah tengok tajuk pun dah bosan.
Tidak pernah membuat dia tertarik untuk membacanya.

Cuba tajuk buku hipster sikit.

Cekelat Kopi'O ke
Kafe Cekelat Kita ke
Saya suka bola Awak suka masak ke

OK tak hipster pun
Tapi haa menarik sikit.
Tak gitu? Haha.

Tapi apa pun, kali ini lain.
Dia tertaku dan bermuhasabah diri.

Habis hilang semua rasa sakit hiba dan keliru dia tadi
semua sebab bucu meja dan sebuah buku bertajuk

APA ERTI AKU MENGANUT ISLAM?

******

bersambung.

-SEMOGA ALLAH REDHA-