Wednesday, 27 January 2016

HARAPAN MUSIM SEJUK


-cubit paha kiri paha kanan sakit juga-(pepatah Melayu)

Abu Hurairah r.a.:

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم. 
"Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."
(Riwayat Muslim)

KEMANA SUJUD ORANG AMAN?


Angin sejuk itu melalui aku dan kamu,
Salji itu turun menyelimuti negaraku dan negaramu

Cuma bezanya

Aku berasa kenikmatan disulami kegembiraan
Sedangkan bagi kau itu ujian disulami dengan jeritan
Dihiburkan dengan letupan, disirami dengan hujan darah

Namun satu yang aku kagum saudaraku...

Hebatnya ujian keatas mu,
Sujud mu tak pernah lekang,
Takbir mu tak pernah kurang,
Istighfar mu menenangkan,
Hamdalahmu pengubat kedukaan,

Aku termenung,
Tinggi mana agaknya darjat mu Disisi Tuhan yang satu?

Aku terdiam tertanya,
Mana agaknya sujud orang aman seperti aku?



SEMOGA ALLAH REDHA :)