Permasalahan BANK

Lazimnya, semua pelajar tajaan KPM dan MARA akan menggunakan China Construction Bank (Jianshe Yinhang 建设银行) dalam urusan penerimaan elaun biasiswa. Bank tersebut digunakan kerana mempunyai cawangan yang banyak di sekitar Beijing :

Alamat bank :

CHINA CONSTRUCTION BANK,                                CHINA CONSTRUCTION BANK,
BEIJING HAIDIAN QU XI,                                           25 FINANCE ST., XICHENG DISTRICT,
3 HUAN BEILU 5,                                                         BEIJING, 100032 CHINA.
BEIJING, 100032 CHINA.                                            PHONE : +861067597114

  • Sistem bank di Beijing amat ringkas. Tiada buku bank yang akan diberikan, hanya kad bank yang digunakan sebagai pengesahan akaun. Oleh itu, penjagaan kad bank adalah amat penting. Jika kad bank anda hilang, anda perlu membuat akaun bank yang baru. Urusan pemindahan elaun ke dalam akaun baru juga perlu dimaklumkan segera kepada pihak KPM supaya urusan pemindahan yang akan datang tidak tergendala. Kad bank juga berfungsi sebagai 'Debit Card', jadi anda tidak perlu membawa wang yang banyak ketika membeli barang. Anda boleh 'swipe' kad tersebut dan secara automatiknya jumlah akaun anda ditolak mengikut jumlah wang anda akan ditolak mengikut jumlah wang yang anda gunakan. Caj tambahan hanyalah sedikit. Kadang-kadang tiada caj tersembunyi.
  • Selain itu, kad bank juga boleh digunakan untuk membeli barangan secara online di laman web, seperti taobao 淘宝, jingdong 京东, elong, qunar 去哪儿, baidu waimai dll. Sebagai contoh, membeli tiket kapal terbang, pakaian, barang-barang keperluan harian, makanan, alatan elektronik dll. Tetapi, anda perlulah mengaktifkan perkhidmatan internet banking terlebih dahulu. Pihak bank akan memberikan USB untuk digunakan ketika melakukan pembayaran secara online.
  • Kad bank Malaysia yang mempunyai VISA, Mastercard boleh digunakan di mesin ATM Beijing. Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan. Kad bank China juga boleh digunakan di Malaysia, ATM yang mempunyai Visa Interlink, Unionpay.
            *caj perkhidmatan sangat mahal jadi disarankan tidak menggunakan perkhidmatan ini.

PEMINDAHAN WANG KE MALAYSIA

Duit dalam bentuk USD boleh dihantar ke Malaysia sama ada ke Bank Islam, Maybank, CIMB dll dengan mengisi borang di China Construction Bank. Antara detail yang diperlukan ialah :
 - nombor akaun bank di Malaysia
 - nama penerima
 - swift code bank
 - alamat bank
*caj pemindahan duit ke Malaysia tertakluk pada kadar caj yang dikenakan oleh pihak China Construction Bank mengikut keadaan.