BARANG PERSIAPAN

Melangkah meninggalkan tanah air pastinya hati kita akan berbaur. Semua perkara kita akan ambil kira, supaya tidak ada yang tertinggal. Oleh hal yang demikian, Amir China berbesar hati untuk membantu adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke BFSU dan BLCU untuk membuat persiapan lengkap sebelum meninggalkan tanah air.

CHECKLIST RINGKAS

  1. Passport dan visa (perkara paling penting untuk ke luar negara ya :-) kalau tak ada tak boleh fly.)
  2. Wang secukupnya (dalam RMB dan USD kerana duit RM agak sukar diterima untuk ditukar di Beijing. Bagi pelajar di BLCU membawa duit Ringgit Malaysia tidak menjadi masalah kerana ia boleh ditukar kepada matawang Yuan di money changer yang berada di dalam kawasan universiti tanpa caj tersembunyi.)
  3. Makanan : Kicap manis, Sos cili, Tepung serbaguna, Rempah ratus spt serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk kurma, pes tomyam, pes Brahim's (rendang, kurma etc), sardin/tuna, serunding.
  4. Pakaian (formal attire, baju batik, baju kurung/baju melayu, pakaian sukan, pakaian solat, baju harian, sweater, kemeja casual/blouse casual)
  5. Ubatan : bagi yang ada penyakit tertentu sila bawa persediaan ubat yg mencukupi, bagi yang tiada penyakit tertentu, ubat demam (paracetamol), batuk, selsema, panadol soluble/actifast, chee kit tek aun(ubat sakit perut), minyak gamat, minyak angin, krim alergi, bandage dll sgt perlu.
  6. Al-Quran terjemahan sangat perlu dibawa
  7. Elektronik dan elektrik boleh dirujuk di link gajet :)
Kami sediakan travel checklist untuk adik-adik download dan print supaya tiada yang tertinggal. 

Download checklist