Sekilas Pandang BFSU

北京外国语大学(北外)
běijīng wàiguóyǔ dàxué (běiwài)

Website : http://www.bfsu.edu.cn/        Email : bwxzb@bfsu.edu.cn

“BFSU ranks among the Top 10 in Social Science and Humanities and No. 1 in language and culture teaching and studies in China. BFSU is known for producing numerous Chinese ambassadors and diplomats. More than 400 ambassadors and over 1000 diplomatic counselors in China graduated from BFSU.”

-haa, ni kata-kata yang di’quote’ dari page http://school.cucas.edu.cn/ tentang BFSU. Memang sangat ramai orang kenamaan negara China berkelulusan universiti ini. Syarikat-syarikat korporat dan swasta juga amat menitik berat untuk menyenarai ataskan dan memilih pelajar BFSU sebagai pekerja mereka kerana mengiktiraf BFSU sebagai universiti ternama yang berkualiti dalam negara China. Interesting?

Sejak pelajar Malaysia dihantar oleh KPM dan MARA ke BFSU, BFSU kerap kali menjadi kunjungan menteri-menteri besar Malaysia, orang kenamaan serta pelajar-pelajar di university-universiti Malaysia yang membawa rombongan membuat lawatan ke BFSU. Antaranya Tun Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dato' Sri Haji  Abdullah Haji Ahmad Badawi, Dato' Sri Haji  Najib Tun Abdul Razak, Tan Sri Dato' Haji  Muhyiddin Yassin, YB Khairy Jamaluddin , pensyarah dan pelajar dari UM, UTHM, UTM, USIM, UiTM dan banyak lagi.

Alhamdulillah, kepada mereka yang mendapat tawaran untuk belajar di universiti ini, ayuh kita tinjau tempat yang akan menjadi rumah kedua kita selama 5 tahun kedepan ini.

Singkatan bagi 
北京外国语大学(Běijīng Wàiguóyǔ Dàxué) ialah 北外 (Běiwài), manakala Beijing Foreign Studies university pula ialah BFSU. Bagi kami, pelajar-pelajar disini, yang sudah belajar Mandarin, suka untuk menyebut ia sebagai北外 (Běiwài), terasa lebih dekat dihati.

Universiti ini dirasmikan pada 1941 dan sehingga sekarang telah mempunyai hingga 54 fakulti termasuklah fakulti Bahasa Melayu, fakulti Bahasa Arab dan semestinya fakulti Bahasa Mandarin, juga terdapat fakulti undang-undang dan bisnes.
Antara Bahasa yang ditawarkan kat university ni :
Arabic, Chinese (as a foreign language), Czech, Danish, Dutch, English, French, German, Greek, Hebrew, Hungarian, Icelandic, Indonesian, Irish, Italian, Japanese, Korea, Latin, Latvian, Malay, Norwegian, Persian, Portuguese, Russian, Serbian, Spanish, Thai, Turkish dan Vietnamese.

So yes, kat sini ade orang negara China yang belajar Bahasa Melayu, semakin tahun semakin ramai. Jadi bagi pelajar Malaysia yang belajar Bahasa Cina disini, banyak peluang untuk membina ukhuwwah dengan mereka disamping menjadi rakan belajar, melalui mereka kita dapat memahami budaya China dengan lebih mendalam.

BFSU ini dipisahkan kepada Kampus Timur (东院Dōng yuàn) dan Kampus Barat (西院xīyuàn)  yang mana pada keduanya terdapat asrama, fakulti, kantin, dan lain-lain. Kebanyakan pelajar luar negara termasuk pelajar Malaysia berada di asrama di Kampus Barat (西院xīyuàn), Manakala fakulti Bahasa Mandarin berada di Kampus Timur (东院Dōng yuàn). Disebabkan di Malaysia kita sudah terbiasa dengan memandu kereta kemana-mana, di BFSU kebanyakkan pelajar Malaysia sudah terbiasa membeli basikal (harga dalam 300yuan-1500yuan) atau basikal elektrik (1800yuan-5000yuan) untuk ke sekolah, untuk menunggang kedua-dua kenderaan ini di Beijing, anda tidak memerlukan lessen memandu. Kalau jalan kaki dari asrama ke bangunan Bahasa Mandarin, tempat belajar, mungkin ambil masa 13-20 minit, tunggang basikal/basikal elektrik ini mungkin mengambil masa 5-10 minit.
*Bleh rujuk lebih lanjuk di bahagian pengankutan.

Bahagian Kampus Timur (
东院Dōng yuàn) terdapat padang bola sepak yang luas, balapan, beberapa gelanggang bola keranjang, gymnasium yang teramat besar, gelanggang badminton dan sebagainya yang menjadi fasiliti sukan yang mudah untuk pelajar.

Manakala di bahagian Kampus Barat (西院xīyuàn) pula ada kedai runcit untuk pelajar, kedai fotostat, asrama pelajar luar negara, rumah penginapan tenaga pelajar, taman-taman, tempat baiki basikal.

Di hadapan kampus barat dan kampus timur terdapat stesen bas, manakala tidak jauh dari kampus timur (lebih dekat jika keluar dari pintu belakang kampus timur ) terdapat stesen 'subway'

Restoran-restauran halal juga semakin banyak dan senang dilihat, malah di dalam kampus timur juga terdapat kantin halal oleh universiti.

Pihak BFSU juga menandatangani kontrak yang menyatakan bahawa mereka akan bawa pelajar Malaysia untuk melancong sambil belajar paling kurang sekali setiap semester. Kami, sudah ke beberapa tempat seperti Shanghai, Xi'an, Tianjin dan sebagainya dengan pengalaman menaiki kapal terbang China, kereta api laju China dan ada juga perjalanan jauh yang menaiki bas pelancongan yang selesa. Agensi yang berkerjasama dengan pihak sekolah untuk membawa pelajar Malaysia melancong juga sudah mempunyai pengalaman beberapa tahun membawa pelajar Malaysia Islam melancong dan sudah memahami waktu solat serta syarat pemakanan halal bagi kita yang Muslim.

Ini sedikit sebanyak pengenalan, jika terdapat persoalan, jangan malu jangan segan, kami sedia membantu. 


Sekilas Pandang Beijing Foreign Studies University

Di sini bermula kehidupan bagi yang akan ke BFSU. Sekitarnya terdapat
stesen subway 苏州街,
stesen bas 魏公桥
Terletak di daerah 海淀.
Ayuh kita go through fasiliti-fasiliti yang terdapat di BFSU.

Asrama yang diduduki pelajar Malaysia merupakan bangunan 6 六号楼 Liù hào lóudi kampus barat. Bangunan ini 4 Tingkat dan disusun dengan tingkat 1-3 kepada pelajar perempuan, dan tingkat 4 kepada pelajar Lelaki. Setiap tingkat ade 33 bilik dan setiap bilik didiami oleh 2 orang pelajar luar negara, tandas dan dapur berserta mesin minuman air panas di setiap tingkat dan bilik mesin basuh dengan lebih 6 mesin basuh disediakan digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan mengikut giliran hari, berada di tingkat satu. Ditingkat satu juga ada sebuah kedai runcit yang menjual makanan ringan, alat tulis, roti dan air.

Antara contoh basikal elektrik yang dimiliki oleh pelajar BFSU




View dalam bangunan 6

View di hadapan bangunan 6, disediakan beberapa set meja CocaCola yang menjadi tempat perbincangan kumpulan belajar atau sekadar makan ais krim, borak petang-petang
 Pelajar Malaysia sangat suka masak, ini pula gambar makanan-makanan yang dijual yang ditinggalkan di koridor-koridor bersama kotak duit bayaran

 View dari pintu yang bertentangan dengan tingkap dalam setiap bilik.
(Langsir tarik yang disediakan agak telus, ada pelajar yang mengambil alternatif untuk buat langsir supaya lebih privacy.)
Dalam setiap bilik disediakan dua buah katil single, almari besar, tempat sangkut baju yang amat panjang, peti kecil, meja belajar dan rak buku kayu 6 tingkat.Kebiasaan pelajar Malaysia akan renovate sendiri bilik setelah dapat bilik masing-masing, almaklum nak tinggal 5 tahun. Tapi, penjaga bangunan tidak membenarkan pelajar untuk menampal wallpaper dan menngotorkan cadar putih yang disediakan seawal pendaftaran. (Kalau by the end of the semester, cadar itu kotor, kene bayar ganti rugi duit basuh cadar.)

View Sekitar BFSU


Pintu Besar Kampus Timur (东院Dōng yuàn)
Tempat belajar 
Pintu Besar Kampus Barat (西院xīyuàn)
Asrama


Bahagian luar pagar padang




Library 5 Tingkat BFSU yang sangat gah

Bangunan Fakulti Bahasa Arab
Pintu Masuk Bangunan Fakulti Bahasa Mandarin
Kemudahan sekitar asrama
- Bank, dalam Kampus Barat 
(matawang RM tidak laku disini, tak boleh bawa duit RM dan nak tukar kepada yuan disini,duit USD laku untuk ditukar di bank; 
matawang RM1=RMB1.60,perubahan tertakluk kepada ekonomi semasa)
- Mesin ATM (Di taman rekreasi)
- Kedai buah-buahan
- Taman-taman rekreasi
- Dobi (tepi bangunan 6)
- Pejabat pos (dihadapan Kampus Barat)
- Masjid Haidian, 5km dari universiti, (15 minit berbasikal elektrik)
- Stesen bas (dihadapan kedua-dua kampus)
- Kedai runcit, pasar sayur, pasar ayam halal
- Kedai print dan fotostat
- Hospital dan klinik
  (Pelajar dinasihatkan menyediakan sedikit ubatan seperti paracetamol,sakit perut,batuk atau difikirkan perlu   sebagai kecemasan)

*Foto-foto yang dipamerkan disini milik asal pelajar-pelajar BFSU yang mengongsinya dengan Team AC.Maaf gambar tak banyak. Untuk lebih gambar, mungkin anda boleh follow facebook atau instagram pelajar-pelajar BFSU yang sangat aktif dalam bidang fotografi.