MAKANAN

Mencari makanan yang halal dan bersih di sekitar China tidaklah rumit dan susah kerana penduduk Islam di sini ramai. Kantin dan restoran-restoran Muslim yang halal pun mudah didapati di sekitar kawasan universiti. Untuk mendapatkan bahan basah seperti daging lembu, daging ayam, dan lain-lain anda boleh ke pasaraya Niujie 牛街. Di sana majoriti masyarakatnya adalah beragama Islam.

Namun begitu, berdekatan dengan BLCU terdapat pasaraya Chaoshifa 超市发 dan di pasar yang mempunyai bekalan daging halal paket dimana pelajar boleh juga mendapatkan daging halal dan lain-lain di situ. Bagi bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar pula, anda boleh membeli di sekitar universiti.

ANTARA SENARAI KANDUNGAN MAKANAN YANG TIDAK HALAL DAN DIRAGUI.


  1. 猪肉(zhūròu)Daging babi
  2. 狗肉 (gǒuròu)Daging anjing
  3. 猪油(zhū yóu)Lemak babi
  4. 乳精粉(rǔ jīng fěn)Serbuk whey
  5. 膨松剂(péng sōng jì)Agen penaik
  6. 人造奶油(rénzào nǎiyóu)Marjerin tiruan
  7. 奶糖(nǎi táng)Gula-gula susu
  8. 明胶(míngjiāo)Gelatin
  9. 酒精(jiǔjīng)Alkohol
  10. 鸡精(jījīng)Daging ayam halus
  11. 肉精(ròu jīng)Daging halus
  12. 肉丝(ròu sī)Daging cincang
  13. 料酒(liàojiǔ)wain
  14. 牛肉粉(niúròu fěn)serbuk daging lembu
  15. 鸡肉粉(jīròu fěn )serbuk daging ayam
  16. 猪肉分(zhūròu fēn)serbuk daging babi
*Istilah halal dalam bahasa mandarin : Qing Zhen 清真

MENU MAKANAN CINA (yang common dan famous)
  1. 米饭(mǐfàn)nasi putih
  2. 宫保鸡丁(gōng bǎo jī dīng)Kung Pao Chicken
  3. 鱼香肉丝(yú xiāng ròu sī)Ayam/daging hiris halus
  4. 辣子鸡丁(làzǐ jī dīng)Spicy chicken
  5. 炒饭(chǎofàn)Nasi goreng
  6. 拉面(lāmiàn)Mee Tarik
  7. 西红柿炒鸡蛋(xīhóngshì chǎo jīdàn)Tomato dimasak bersama telur ayam
  8. 土豆牛肉面(tǔdòu niúròu miàn)mee daging lembu dan kentang
  9. 意大利面(yìdàlì miàn)spaghetti
  10. 馒头(mántou)roti steam
  11. 饺子(jiǎozi)dumpling
  12. 面包(miànbāo)roti
  13. 北京烤鸭(běijīng kǎoyā)itik panggang
Ada banyak lagi makanan yg best2 kat Beijing ni, boleh teroka lagi.