Sekilas Pandang BLCU


Beijing Language and Culture University
北京语言大学 (

"China's best language university. The real leader in Chinese education since 1962.
The only international university in China, and is highly respected. It has the longest history,
the largest scope, the most qualified teaching faculties of its kind in the area of teaching
the Chinese language and culture to foreigners."

  • BLCU merupakan sebuah universiti yang menawarkan pembelajaran bahasa mandarin sama ada untuk kegunaan perniagaan/ekonomi atau pengajaran. Terdapat juga fakulti bahasa-bahasa lain yang ditawarkan di sini seperti Bahasa Arab, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Di sini juga ditawarkan untuk pengajian Master dan PhD. BLCU juga menjadi pusat utama untuk mengambil ujian HSK (Hanyu Shuiping Kaoshi) iaitu ujian bahasa mandarin untuk mendapatkan sijil rasmi level mandarin kita. BLCU lah yang mengeluarkan kertas exam HSK ni.
  • BLCU juga menerbitkan banyak buku pengajaran mandarin yang juga digunakan secara meluas di sekolah dan universiti di seluruh Beijing. Buku-buku terbitan BLCU Press juga boleh didapati di kedai-kedai buku besar di Beijing. Hebat kan BLCU? 
  • Kemudahan fasiliti di BLCU bukanlah semua ada tetapi boleh dikatakan lengkap. Kemudahan padang bola sepak dan trek larian sangat memuaskan. Terdapat juga gym awam bersebelahan padang. Kemudahan sukan lain, gelanggang bola tampar, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton dan juga gym indoor.
  • Terdapat kedai-kedai yang menjual barang dengan harga berpatutan di dalam kawasan universiti dan hostel. Contohnya, kedai runcit di hadapan hostel dan bersebelahan gelanggang bola keranjang, kedai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, ada yang halal ada yang tidak, nanti senior-senior akan guide adik-adik. Ada juga kantin halal yang sangat besar dan mewah dalam universiti. Paling best, pasar kering dan pasar basah hanya di belakang kawasan hostel, jalan tak sampai 5 minit dah sampai, harga berpatutan, ayam halal pun ada. Boleh dikatakan kemudahan di BLCU sangat menyenangkan kita yang suka masak ni.
  • Lokasi BLCU sangat strategik di tengah-tengah bandar Wudaokou, dikelilingi universiti-universiti hebat. Ada mall yg juga menawarkan restoran India halal. Kalau dulu mula-mula sampai memang susah nak dapat restoran halal atau yg boleh makan, tapi sekarang, bersepah, boleh pergi bila-bila masa. Senang je.