Cuti Umum dan Cuti Perayaan di China

Seperti mana yang kita sedia maklum, negara China adalah sebuah negara yang terdiri daripada 4 Musim iaitu musim Sejuk, musim Bunga, musim Panas dan Musim luruh. Sesi Pembelajaran di China akan terbahagi kepada dua semester iaitu Semester Satu (Musim Sejuk) dan semester Dua (Musim Panas).

Antara kedua-dua semester ini seluruh institusi pembelajaran di China akan bercuti selama lebih kurang 2 bulan iaitu :
-          Cuti Winter Break 寒假, hánjià (awal Januari – awal Mac)
-          Cuti Summer Break 暑假, shǔjià (awal Julai – awal September)

Selain daripada Winter Break dan Summer Break, China akan bercuti pada perayaan-perayaan tertentu. Antaranya :

1.       Perayaan Tahun Baru新年, Xīnnián, pada setiap 1 Januari (Cuti Sehari)


2.       Perayaan Tahun Baru Cina/Perayaan Musim Bunga 春节, chūnjié, bermula pada hari ke-23 dalam bulan ke-12 dalam kalendar Cina, festival ini berlangsung selama kira-kira 23 hari, berakhir pada hari ke-15 dalam bulan yang pertama pada tahun berikutnya dalam kalendar Cina. (Cuti 3-7 Hari)



3.       Hari Melawat kubur 清明节,qīngmíng jié, pada setiap 4/5 April (Cuti Sehari)



4.       Hari Pekerja Sedunia国际劳动节,guójì láodòng jié, pada setiap 1 Mei (Cuti Sehari)


5.       Festival Perahu Naga 端午节,duānwǔ jié, pada hari ke-5 bulan kelima Kalendar Cina (Cuti Sehari)




6.       Perayaan Kuih Bulan/Festival Pertengahan Musim Luruh 中秋节, zhōngqiū jié, pada hari ke-15 bulan 8 Kalendar Cina, dalam bulan September Kalendar Masihi. (Cuti Sehari)



7.       Hari Kebangsaan China 国庆节,guóqìng jié, pada setiap 1 Oktober. (Cuti 3-7 hari)

Selain perayaan-perayaan diatas, terdapat juga perayaan-perayaan lain yang tidak melibatkan cuti umum atau orang yang dirayakan akan diberi cuti separuh hari, antaranya adalah :

1.       Hari Wanita Sedunia 国际劳动妇女节,guójì láodòng fùnǚ jié, pada setiap 8 Mac
2.       Hari Kanak-kanak 儿童节, értóng jié, pada setiap 1 Jun
3.       Hari Guru 教师节,  jiàoshī jié, pada setiap 10 September

Selain daripada itu, China yang kaya dengan budaya dari pelbagai jenis kaum-kaum minoriti juga merayakan pelbagai jenis perayaan traditional.


*Jika anda berminat boleh hubungi kami dengan pertanyaan atau hadiri kelas tambahan kebudayaan China di BFSU dan BLSU