Subjek

Apa yang kami belajar di BFSU dan BLCU?

Semestinya kami belajar Bahasa Mandarin (汉语,普通话)!
Pada awalnya kami didikan asas iaitu Foundation Year untuk mempelajari Simplified Chinese selama 1 tahun. Selama setahun
kami diajar asas-asas Bahasa Mandarin. Ada kelas 'Chinese Comprehensive', 'Chinese Character', 'Chinese Speaking', 'Reading', dan juga 'Listening'. Hasil didikan cikgu-cikgu yang berpengalaman, inshaAllah dalam masa tidak sampai setahun anda boleh bertutur bahasa cina dengan orang local.

Susah? Sudah pasti. Tapi selagi kita usaha dengan ikhlas, segalanya menjadi lebih mudah. Setiap kesukaran pasti akan dapat diselesaikan dengan bantuan pensyarah, senior dan kawan-kawan. Yang penting, jadikan belajar satu perkara yang menghiburkan. InshaAllah segalanya akan lancar.

Setelah menginjak ke Tahun Pertama dan Kedua, BLCU dan BFSU tidak banyak bezanya dari aspek subjek yang dipelajari. Tetapi menginjak ke Tahun Ketiga, pelajar diberi peluang memilih subjek tambahan yang bakal adik-adik tahu kelak.

Bagi yang sudah dapat tawaran ke sana untuk melanjutkan pelajaran, anda boleh mula berjinak dengan bahasa dunia ini. Bagaimana?

Tidak kenal maka tidak cinta. Jadi ayuh berkenalan dengan bahasa Mandarin melalui Wikipedia. Ketahui sejarah bahasa tamadun china ini agar adik-adik mampu untuk memahami dengan jelas apa yang berlaku dengan bahasa ini. Dinyatakan sekali juga laman web yang berguna untuk pelajaran sendiri. Pautan adalah seperti di bawah :

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_language
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Simplified_Chinese_characters
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Stroke_order
  4. http://www.clearchinese.com/chinese-writing/strokes.htm
  5. http://en.wikipedia.org/wiki/Languages_of_China

Pada laman web Youtube, anda juga boleh mendapat input yang berguna mengenai Mandarin. Anda juga boleh cari filem, muzik, dan drama Mandarin. ^^

1)      https://www.youtube.com/watch?v=J6l-D0Txxg0&index=3&list=PLC969F0294E89179A