Tiket dan Pengangkutan

TIKET

Memandangkan setiap tahun 2 kali cuti (winter dan summer) , sekali 2 bulan, maka ramai pelajar memilih untuk pulang ke Malaysia, malah ada juga yang mengambil peluang untuk melancong ke negara lain. Jauh perjalanan luas pemandangan, ye tak? Sambil berjalan tu, dapatlah mengutip serba sedikit pengajaran yang dapat digunakan dalam kehidupan.

Negara manakah? Ada yang pernah ke Ireland, UK, Russia, Turki, Mesir. Itu cerita negara yang jauh, mengenai negara jiran pula, ada yang ke Korea Selatan, Jepun dan juga Taiwan.

Yang pulang ke Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk melancong di tanah air sendiri. Antara lokasi yang sering dilawati, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Kota Kinabalu, Gambang Waterpark dan sebagainya.

Apa di China tidak punya tempat menarik ke? Tentulah ada, terlalu banyak untuk diperkatakan. Antaranya ialah Hong Kong, Macau, Shanghai, Suzhou/Hangzhou, Xi'an dan juga kawasan ramainya muslim yakni di Ningxia, Lanzhou dan Xinjiang. Selain berjalan, dapat  juga memahami dengan lebih mendalam budaya rakyat China yang begitu mengagumkan.

Bagaimanakah cara untuk beli tiket?

Cara beli tiket amat mudah. Sama ada menggunakan kad kredit (Malaysia) atau kad debit China atau secara Cash Deposit.

Jika pembelian dilakukan secara online maka terdapat beberapa laman web seperti :


  1. Penerbangan murah ke Malaysia


    • http://www.airasia.com/ot/en/home.page  (AirAsia)
    • Penerbangan terus dari KLIA 2 ke Beijing
    • Harga tiket tidak termasuk luggage
    • Harga tiket tidak termasuk makanan di atas flight
    • Harga tiket lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain

    • Penerbangan transit di Hong Kong sebelum sampai ke Malaysia
    • Harga tiket termasuk luggage 30kg
    • Harga tiket termasuk makanan di atas flight, perlu request Muslim food
    • http://www.cathaypacific.com/
Laman web tiket penerbangan dan tempahan hotel
Dari segi kewangan, elaun kita sangat mencukupi untuk menampung perbelanjaan tiket untuk pulang ke Malaysia setahun dua kali. Yang penting, uruskan kewangan dengan baik. Berbelanja dengan bijak dan menyimpan untuk masa depan.


PENGANGKUTAN

Apabila bercakap mengenai pengangkutan, Beijing merupakan salah satu bandaraya yang mempunyai pengangkutan awam yang boleh dikira agak baik, bagi memudahkan perjalanan seharian. Berikut merupakan pengangkutan yang kami gunakan saban hari. Kebanyakan rakyat China sendiri menggunakan pengangkutan awam yang disediakan.

      1) Bas. (公共汽车)

Harga mengikut kilometer .

Kilometer
Harga ( tunai) yuan
Harga (menggunakan kad) yuan
0-10
2
1
10-15
3
1.5
15-20
4
2
20-25
5
2.5
25-30
6
3
30-35
7
3.5
35-40
8
4
   

Papan tanda bas : No. menandakan nombor bas
Tanda arah menunjukkan arah bas
                       
      












2)      Subway (地铁)

Kilometer
Harga tiket (yuan)
0-6
3
6-12
4
12-22
5
22-32
6
32-52
7
52-72
8
72-92
9


Stesen subway terdekat untuk pelajar BFSU adalah :  Weigongcun ditie zhan (魏公村地铁站 )

Stesen subway terdekat untuk pelajar BLCU adalah : Wudaokou ditie zhan (五道口地铁站)


Peta subway
 Pemandangan di dalam stesen subway 

3) Teksi
    13元 (RM6.50) Bagi 3 kilometer yang pertama dan kilometer seterusnya 2.3元 per kilometer.

4) Basikal, basikal elektrik dan motor elektrik

      Para pelajar di sini kebanyakannya menggunakan basikal ,basikal elektrik atau motor untuk ke sekolah.  Oleh kerana jarak Antara asrama dan sekolah tidak terlalu jauh , ada juga pelajar yang memilih untuk berjalan kaki sahaja. Tak kisah apa cara pun yang penting selamat sampai ke sekolah dengan selamatnya.

 Basikal dan basikal eletrik yang mempunyai pedal adalah dibenarkan, manakala motor eletrik dan minyak tidak dibenarkan sama sekali di BFSU. Masalah motor eletrik/minyak sangat diutarakan di sana kerana kerap sekali berlakunya kemalangan malah ada yang meragut nyawa (berlaku pada 2012 pelajar Korea BFSU). Jadi, amat diminta kepada pelajar yang sudah di sana atau akan datang, elakkan daripada menggunakan yang dinyatakan. Berhati-hati, ingatlah orang tersayang J

             Di BLCU, penggunaan basikal dan motor elektrik sangat meluas. Kerana ia akan lebih memudahkan pergerakan ke mana-mana tempat tapi yang penting kena berhemah. 

Peta Beijing. Bulatan merah ialah BLCU dan BFSU.
Berbalik kepada umum. Pengangkutan awam di Beijing sangat mudah diakses dengan harga yang lebih murah.Tambang lebih murah jika menggunakan kad pengangkutan awam.

Kad pengangkutan/subway, untuk akses pengangkutan di Beijing. Boleh dibeli di stesen subway.
Jarak antara BFSU dan BLCU tidak begitu jauh
  • Menaiki bas (45minit) kalau tidak jammed
  • Menaiki teksi (30minit)
  • Menaiki subway (50minit)

BFSU terletak kira-kira
50 minit dari lapangan terbang. Boleh diakses dengan teksi (120++),bas (16) ataupun subway (25元).

40 minit dari Kedutaan Besar Malaysia di China.

BLCU terletak kira-kira :
40 minit dari lapangan terbang. Boleh diakses dengan teksi (90)
30 minti dari Kedutaan Besar Malaysia di China.

Embassy of Malaysia
No.2 Liang Ma Qiao Beijie,
Beijing, 100600
People`s Republic of China.
0086-65322531